Monday, May 17, 2010

Bagaimana melindungi diri anda daripada dijangkiti H1N1?

Anda boleh melindungi diri daripada dijangkiti Influenza A(H1N1) dengan menjauhkan diri daripada orang yang mengalami gejala- gejala influenza (jarak 1m daripada orang itu jika boleh) and mengambil tindakan berikut:

• Sentiasa memastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bahagian muka terutamanya bahagian mulut, hidung atau mata Tangan yang tercemar dengan virus ini akan memasuki badan seseorang apabila tangan tercemar itu menyentuh mulut, hidung atau mata orang tersebut.


• Kerap mencuci tangan anda dengan air dan sabun atau pencuci tangan, terutama selepas menyentuh bahagian mulut, hidung, mata atau permukaan yang berkemungkinan tercemar.

• Dinasihat supaya tidak mendekati orang yang mungkin telah berjangkit ; jika anda perlu berinteraksi dengan pesakit, pastikan anda memakai penutup muka yang sesuai dan mengamalkan kebersihan diri.

• Jika boleh, kurangkan mengunjungi tempat yang ramai orang

• Memastikan aliran udara lancar di tempat tinggal anda dengan membuka tingkap dan kipas.

• Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk memdapatkan tidur yang cukup dan mengambil makanan yang berkhasiat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin