Tuesday, February 12, 2013

Sekadar Kenangan 1

Assalamualaikum w.w.

Rasanya elok di paparkan antara aktiviti penting yang telah dilaksanakan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang sepanjang penubuhannya. Bukan apa, sekadar merenung sejenak akan kejayaan yang boleh dijadikan ukuran bagi merancang aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat bukan saja dikawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala Berang malahan juga oleh masyarakat di Daerah Hulu Terengganu dan Negeri Terengganu serta seluroh malaysia.

PROGRAM MASYARAKAT SIHAT KELUARGA BAHAGIA

Program ini telah di adakan pada 15 Disember 2007 dengan penglibatan orang ramai  lebih 1000 orang. Pengisian utama ialah ceramah reproduktif oleh Pakar Sakit Tuan iaitu Y.Bhg. Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi.

Kaum lelaki pada umumnya adalah tunggak dan peneraju sesebuah keluarga. Kaum lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kestabilan politik dan ekonomi negara. Penjagaan kesihatan lelaki sangat penting supaya dapat menjamin kehidupan sebuah keluarga bahagia. Kaum lelaki juga tidak terkecuali dari masalah penyakit organ reproduktif mereka. Pada peringkat umur ini, kaum lelaki lebih terdedah kepada risiko kesihatan dan kecederaan. Ini disebabkan oleh tekanan akibat perubahan besar dalam kehidupan dan peningkatan tanggungjawab, perubahan cara hidup dan pergaulan bebas.
Program ini pada akhirnya dapat memberi pendedahan kepada kaum lelaki tentang aspek penjagaan kesihatan yang menyeluroh seperti:
i)             Mempunyai pengetahuan berkaitan masalah kesihatan
ii)           Mempunyai pengetahuan tentang langkah-langkah pencegahan yang berkaitan.
iii)          Mengetahui langkah-langkah pengesanan awal.
iv)          Memberi pendedahan awal kesan jangka panjang keatas remaja.
v)            Menggalakkan penglibatan remaja dalam aktiviti sukan riadah.

YB Dato Rosol Wahid Mewakili YB Ahli Parlimen Merasmikan Program

 Dr Hj Anwa Sulaiman, Tim. Pengarah Kesihatan Negeri ( Kesihatan Awam )

Sebahagian Orang Ramai

Ucapan Perasmian Oleh YB Dato Rosol Wahid

Penyampaian Cenderamata

Turut hadir warga emas

YB Rozi Mamat Turut mendengar ceramah reproduktif

Ceramah Reproduktif oleh Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi

Antara Penderma Darah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin