Monday, February 18, 2013

Penyakit Kanser

Assalamualaikum w.w.

Bulan Mac 2013 merupakan Bulan Kanser yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pada bulan Mac ini banyak aktiviti kesedaran bagi mengingatkan masyarakat akan bahaya penyakit kanser atau Barah. Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri.

Tuesday, February 12, 2013

Sekadar Kenangan 1

Assalamualaikum w.w.

Rasanya elok di paparkan antara aktiviti penting yang telah dilaksanakan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang sepanjang penubuhannya. Bukan apa, sekadar merenung sejenak akan kejayaan yang boleh dijadikan ukuran bagi merancang aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat bukan saja dikawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala Berang malahan juga oleh masyarakat di Daerah Hulu Terengganu dan Negeri Terengganu serta seluroh malaysia.

PROGRAM MASYARAKAT SIHAT KELUARGA BAHAGIA

Program ini telah di adakan pada 15 Disember 2007 dengan penglibatan orang ramai  lebih 1000 orang. Pengisian utama ialah ceramah reproduktif oleh Pakar Sakit Tuan iaitu Y.Bhg. Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi.

Kaum lelaki pada umumnya adalah tunggak dan peneraju sesebuah keluarga. Kaum lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kestabilan politik dan ekonomi negara. Penjagaan kesihatan lelaki sangat penting supaya dapat menjamin kehidupan sebuah keluarga bahagia. Kaum lelaki juga tidak terkecuali dari masalah penyakit organ reproduktif mereka. Pada peringkat umur ini, kaum lelaki lebih terdedah kepada risiko kesihatan dan kecederaan. Ini disebabkan oleh tekanan akibat perubahan besar dalam kehidupan dan peningkatan tanggungjawab, perubahan cara hidup dan pergaulan bebas.

Monday, February 4, 2013

Combi NCDP 1Malaysia dan Kem Kesihatan

Assalamualaikum w.w.

Pada 19 Mei 2012 lalu Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang bersama JKKK Kg. Telaga dan Kg. Telok Balai dengan sokongan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program Combi NCDP 1Malaysia dan Kem Kesihatan dengan perasmiannya oleh YB Haji Mohd Zawawi bin Ismail ADUN Kawasan Kuala Berang.

LinkWithin