Monday, May 17, 2010

Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask) Di Kalangan Masyarakat

1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk.

Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Mereka Yang Punya Gejala ILI Digesa Jalankan Tanggungjawab Sosial

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican pada Ahad menggesa mereka yang mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) agar melaksanakan tanggungjawab sosial dalam usaha mengekang penularan virus Influenza A (H1N1).

Beliau berkata mereka seharusnya tidak pergi ke tempat-tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak seperti sekolah, pusat-pusat latihan dan tempat kerja kerana penularan jangkitan itu cukup mudah berlaku di tempat-tempat sedemikian.

Bagaimana melindungi diri anda daripada dijangkiti H1N1?

Anda boleh melindungi diri daripada dijangkiti Influenza A(H1N1) dengan menjauhkan diri daripada orang yang mengalami gejala- gejala influenza (jarak 1m daripada orang itu jika boleh) and mengambil tindakan berikut:

• Sentiasa memastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh bahagian muka terutamanya bahagian mulut, hidung atau mata Tangan yang tercemar dengan virus ini akan memasuki badan seseorang apabila tangan tercemar itu menyentuh mulut, hidung atau mata orang tersebut.

LinkWithin