Monday, January 28, 2013

Program Komuniti sihat

Assalamualaikum w.w.

Pada 29 dan 30 Jun 2012, Program Komuniti Sihat Bersama Pemimpin telah diadakan dengan majlis pelancaran oleh YB Haji Rozi bin Mamat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang, Terengganu. Turut hadir memberikan sokongan adalah Dr. Haji Anwa bin Sulaiman, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Hj Mohd bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam), Dr. Hj Mohamad bin Omar, Timbalan Pengarah ( Perubatan ), Dr. Haji Asari bin Abdullah, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.


Program ini berlansung selama 2 hari dengan pengisiannya meliputi Lawatan Jalinan Kasih kerumah warga emas, Forum Perdana Generasi Sihat Berwawasan, Pertandingan Futsal & Bolajaring, Senam robit, Berjalan 10 ribu langkah, Klinik Pakar Mata dan ENT, Demosntrasi Masakan Sihat bersama Chef Permai Inn, Pertandingan mewarna serta pameran dari pelbagai agensi.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung sungguh menggalakkan. Usaha kita dengan membawa Doktor Pakar Mata dan ENT turun ke kampung telah sedikit sebanyak membantu masyarakat kampung menyelesaikan masalah berkaitan. 

YB Haji Rozi Mamat mengunjungi warga emas dalam Lawatan Jalinan Kasih

Doktor Pakar ENT turut turun padang

Forum Perdana Generasi Sihat Berwawasan

Pertandingan Futsal

Chef Andrey dalam Demonstrasi Masakan Sihat

YB Haji Rozi Mamat, Dr Haji Asari Abdullah ( Pegawai Kesihatan Daerah ) dan Hj Amran bin Ahmad (Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang) mengikuti Forum Perdana

Acara berjalan 10 ribu langkah

Dr Hj Anwa Sulaiman ( Pengarah Kesihatan Negeri ) meninjau aktiviti mewarna

Pertandingan mewarna kanak-kanak

YB Haji Rozi Mamat bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah semasa Perasmian

Haji Amran bin Ahmad ( Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang ) 
menyampaikan ucapan aluan

Dr Hj Anwa Sulaiman, Pengarah Kesihatan Negeri meninjau khemah pemeriksaan kesihatan

Pertandingan Kupas dan Kukur kelapa dilepaskan oleh YB Haji Rozi Mamat

Turut diadakan acara permainan tradisional

Pejabat Kebajikan Masyarakat turut menyumbangkan kerusi roda kepada keluarga yang memerlukan

 Sebahagian orang ramai semasa majlis perasmian.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin