Tuesday, November 1, 2011

Pelancaran K-Cakna Peringkat Negeri

Assalamualaikum w.w.

Program K-Cakna yang telah berjalan semenjak bulan Jun 2011 lalu akhir dapat juga dilancarkan. Setelah beberapa kali ditangguh ekoran mahukan kehadiran YB Datuk Rosnah bt Abd Rahis Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Tarikh awalnya pada 17 Sept 2011 ditangguh, begitu juga pada 9 Okt 2011 juga ditangguh.Namun pada 28 Okt 2011 lalu, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah sudi hadir bagi melancarkan dengan rasminya Program NCDP 1Malaysia Cakna Kesihatan Dalam Komuniti atau dikenali dengan K-Cakna Peringkat Negeri Terengganu.


Program K-Cakna ini yang dimulakan di kawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala Berang dengan jawatankuasa pelaksananya terdiri dari Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang mempunyai 3 Komuniti iaitu Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Kampung Pasir Nering. Bagi memastikan program ini terus di adaptasi oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan di seluroh Negeri Terengganu maka pelancaran diperingkat negeri perlu dibuat dan lokasi pelancarannya ialah di Kampung Pasir Nering, Hulu Terengganu.

Kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah telah menjadikan program K-cakna ini antara program utama Panel Penasihat Klinik Kesihatan. Haji Amran bin Ahmad, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang juga merangkap Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu terus mengorak langkah dengan melatih anggota masyarakat membuat sendiri saringan kesihatan. Kini bagi ketiga-tiga komuniti ini seramai 20 orang telah dilatih sebagai sukarelawan membuat saringan kesihatan dikomuniti masing-masing.

Acara kemuncak pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia ang turut dihadiri oleh YB Tn Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Tn Haji Mohd Nor bin Othman, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Ybhg. Tn Haji Anwa bin Sulaiman, Pengarah Kesihatan Negeri dan Dr. A. L. Liza bt Abd Latip, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.

Berikut disertakan gambar sekitar hari pelancaran :-















No comments:

Post a Comment

LinkWithin