Monday, February 22, 2010

Pentauliahan Keanggotaan PPKK

Assalamualaikum w.w......

Salam sejahtera buat semua.

Keanggotaan Panel Penasihat Klinik Kesihatan di seluroh negara telah ditauliah semula setelah lebih setahun tergantung ekoran masalah teknikal di peringkat Kementerian Kesihatan. Daerah Hulu Terengganu juga turut sama terlibat dengan pentauliahan semua dengan sebahagian besar telah dilantik semula menduduki jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan diperingkat klinik masing-masing.

Klinik Kesihatan Kuala Berang yang berada dalam Daerah Hulu Terengganu juga diberi tauliah oleh Dr. Hashim bin Abdullah, Pegawai Pembangunan Kesihatan Keluarga JKN Negeri Terengganu.


Di majlis pentauliahan itu, para anggota telah diberi kursus pendek dengan penumpuan kepada aktiviti yang boleh di buat oleh setiap Panel Penasihat Kesihatan. Antara yang telah memberikan ceramah ialah Dr Anita Surani Abdul Shukor, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr Hashim bin Abdullah, Pegawai Pembangunan Kesihatan Keluarga JKN Negeri Terengganu dan Saya ( Haji Amran Ahmad ) sendiri selaku Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Negeri Terengganu.

Diakhir kursus pendek tersebut anggota yang ditauliahkan diberi sijil tauliah dan bermulalah tanggungjawab serta amanah bagi melaksanakannya.

















No comments:

Post a Comment

LinkWithin