Sunday, July 10, 2011

K-Cakna di Kg Pasir Nering

Salam.

Alhamdulillah. Program yang dirancang bagi membantu masyarakat kampung akhir berjaya diadakan. Pada 1 Julai 2011 lalu, team k-cakna Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang telah berkunjung ke Kampung Pasir Nering. Di ketuai oleh Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang Tn Haji Amran bin Ahmad, team ini seawal pagi telah sampai ke lokasi yang dijanjikan. Bersebelahan dengan masjid, bangunan balairaya Kg. Pasir Nering dijadikan tempat pemeriksaan kesihatan.


Pasukan perubatan di ketuai oleh Dr Nor Fauzani binti Mat Arshad dengan anggota kesihatan seramai 5 orang sebagai pemantau atau pemudahcara dalam melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Seramai 10 orang sukarelawan yang telah dilatih bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Hasilnya lebih 40 orang penduduk kampung telah berjaya diperiksa. Kerjasama yang dberikan bukan saja dari JKKK Kg. Pasir Nering, malahan seluroh penduduk kampung yang hadir pada hari tersebut. Program ini yang pada perancangannya akan di hadiri oleh YB Tn Haji Rozi Mamat telah berjalan dengan baik walaupun akhirnya YB tidak dapat hadir dan mewakilkan kepada Penghulu Mukim.

Di majlis ini juga pentauliahan sukarelawan telah di sampaikan kepada sukarelawan bagi menjayakan program k-cakna pada masa yang akan datang. Insya Allah setiap bulan team k-cakna akan datang lagi ke Kg Pasir Nering untuk membuat pemeriksaan ulangan keatas masyarakat Kg. Pasir Nering ini.

Pengerusi Panel Penasihat membuat pendaftaran.


Sukarelawan k-cakna sedang membantu pakcik ni menimbang beratnya.


Ukur tinggi


Memeriksa tekanan darah di lakukan sendiri oleh sukarelawan dengan di pantau oleh Dr Nor Fauzani Mat Arshad.

Ukur pinggang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin