Pada 20 Jun lalu satu Kursus Asas kepada sukarelawan K-Cakna telah diadakan di Rumah Rehat Kuala Berang. Seramai 30 orang peserta yang dipilih dari komuniti telah hadir mengikuti kursus asas ini bagi mendapatkan pendedahan tentang cara mengambil darah (RBS), cara menggunakan alat untuk mengesan tekanan darah (BP set), cara mengira mendapatkan BMI ( Berat Badan Idial ) dan mengesan jarak penglihatan. Insya Allah, dengan tunjuk ajar dari Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang iaitu Dr Nur Fauzani bt Md Arshad dan Dr Norulhuda bt Mehamad serta dibantu oleh MA Azuadi bin Mat Zanggi.
Turut menjadi peserta ialah Tuan Haji Amran bin Ahmad, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang. Sebagai latihan pertama kepada para sukarelawan ini, satu program susulan akan dibuat di Kampung Pasir Nering pada 1 Julai 2011.
No comments:
Post a Comment