Tuesday, November 1, 2011

Pelancaran K-Cakna Peringkat Negeri

Assalamualaikum w.w.

Program K-Cakna yang telah berjalan semenjak bulan Jun 2011 lalu akhir dapat juga dilancarkan. Setelah beberapa kali ditangguh ekoran mahukan kehadiran YB Datuk Rosnah bt Abd Rahis Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Tarikh awalnya pada 17 Sept 2011 ditangguh, begitu juga pada 9 Okt 2011 juga ditangguh.Namun pada 28 Okt 2011 lalu, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah sudi hadir bagi melancarkan dengan rasminya Program NCDP 1Malaysia Cakna Kesihatan Dalam Komuniti atau dikenali dengan K-Cakna Peringkat Negeri Terengganu.

Sunday, July 10, 2011

K-Cakna di Kg Pasir Nering

Salam.

Alhamdulillah. Program yang dirancang bagi membantu masyarakat kampung akhir berjaya diadakan. Pada 1 Julai 2011 lalu, team k-cakna Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang telah berkunjung ke Kampung Pasir Nering. Di ketuai oleh Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang Tn Haji Amran bin Ahmad, team ini seawal pagi telah sampai ke lokasi yang dijanjikan. Bersebelahan dengan masjid, bangunan balairaya Kg. Pasir Nering dijadikan tempat pemeriksaan kesihatan.

Wednesday, June 22, 2011

Kursus Asas K-Cakna

Pada 20 Jun lalu satu Kursus Asas kepada sukarelawan K-Cakna telah diadakan di Rumah Rehat Kuala Berang. Seramai 30 orang peserta yang dipilih dari komuniti telah hadir mengikuti kursus asas ini bagi mendapatkan pendedahan tentang cara mengambil darah (RBS), cara menggunakan alat untuk mengesan tekanan darah (BP set), cara mengira mendapatkan BMI ( Berat Badan Idial ) dan mengesan jarak penglihatan. Insya Allah, dengan tunjuk ajar dari Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang iaitu Dr Nur Fauzani bt Md Arshad dan Dr Norulhuda bt Mehamad serta dibantu oleh MA Azuadi bin Mat Zanggi.

Saturday, April 23, 2011

Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang

Program Pertama tahun ini 2011 yang dapat dijayakan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang ialah Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang pada 23 April 2011 di SK Kuala Dura, Hulu Terengganu dengan Tema " Masyarakat Bebas Denggi ".

Konvensyen PPKK kali 5

Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan kali 5, tahun 2011 berlangsung pada 16 ~17 April di Hotel Summit USJ. Tema konvensyen kali ini ialah "Masyarakat Penggerak Transformasi Kesihatan".Sebanyak 12 pembentangan aktiviti lisan dan 18 Poster projek panel penasihat di buat pada hari pertama iaitu pada 16hb
April 2011. Walaupun tiada pertandingan untuk pembentangan, mutu, kandungan dan penyampaian amatlah berkualiti.

LinkWithin