Salam Hormat,
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang sering bersama-sama dengan warga kesihatan dalam usaha meningkatkan kefahaman dikalangan masyarakat berkaitan dengan pencegahan dan pengesanan awal pelbagai penyakit.
Baru-baru ini ( 4 April 2013 )Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang berjaya menganjurkan Program Pencegahan Kanser dan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Berang yang telah dirasmikan YBhg Dato' Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu mewakili YB Haji Rozi bin Mamat Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Objektif program ini adalah
Meningkatkan pengetahuan komuniti tentang kepentingan Amalan Cara Hidup Sihat dan menarik minat serta melibatkan diri dalam aktiviti kesihatan untuk perubahan tingkahlaku; Memberi kesedaran secara menyeluroh kepada masyarakat berkaitan penyakit Kanser, penyakit-penyakit bawaan vector, gejala-gejala sosial yang tidak sihat dan perkara-perkara yang berkaitan kearah pencegahan; Mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta anggota kesihatan dalam usaha menangani masalah kesihatan; Mendekatkan masyarakat dengan Klinik Kesihatan Kuala Berang.
Pengisian program ini meliputi Senam Robik, Lawatan Rumah Warga Emas, Klinik Doktor Pakar, Kembara Sihat, Kuiz Kesihatan,Pameran, Demosntrasi Masakan sihat dan Pemeriksaan Kesihatan.
|
Dr Hj Mohd Jusoh
Timbalan Pengarah
Mewakili Dato Pengarah JKNT |
|
Haj i Amran Ahmad
Pengerusi Panel Penasihat Klinik
Kesihatan Kuala Berang |
|
Antara pameran yang di sediakan |
|
Lokasi program |
|
Berjalan 10 ribu langkah |
|
Pertandingan Memancing |
|
Pertandingan kopek dan kukur kelapa berpasangan |
|
kaunseling |
|
Aktiviti di pameran perpustakaan |
|
Melawat Gerai pameran |
|
Pertandingan mewarna dewasa |
|
Pertandingan mewarna kanak-kanak |
|
Pertandingan memancing |
|
Sudut pameran |
|
Penyampaian hadiah kepada pemenang |
|
Melawat gerai pameran |
|
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan |
No comments:
Post a Comment