Wednesday, November 12, 2014

Program Pencegahan Kanser dan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Berang

Salam Hormat,

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang sering bersama-sama dengan warga kesihatan dalam usaha meningkatkan kefahaman dikalangan masyarakat berkaitan dengan pencegahan dan pengesanan awal pelbagai penyakit.


Baru-baru ini ( 4 April 2013 )Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang berjaya menganjurkan Program Pencegahan Kanser dan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuala Berang yang telah dirasmikan YBhg Dato' Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim, Pegawai Daerah Hulu Terengganu mewakili YB Haji Rozi bin Mamat Exco Kerajaan Negeri Terengganu.


Objektif program ini adalah Meningkatkan pengetahuan komuniti tentang kepentingan Amalan Cara Hidup Sihat dan menarik minat serta melibatkan diri dalam aktiviti kesihatan untuk perubahan tingkahlaku; Memberi kesedaran secara menyeluroh kepada masyarakat berkaitan penyakit Kanser, penyakit-penyakit bawaan vector, gejala-gejala sosial yang tidak sihat dan perkara-perkara yang berkaitan kearah pencegahan; Mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta anggota kesihatan dalam usaha menangani masalah kesihatan; Mendekatkan masyarakat dengan Klinik Kesihatan Kuala Berang.

Pengisian program ini meliputi Senam Robik, Lawatan Rumah Warga Emas, Klinik Doktor Pakar, Kembara Sihat, Kuiz Kesihatan,Pameran, Demosntrasi Masakan sihat dan Pemeriksaan Kesihatan.
Dr Hj Mohd Jusoh
Timbalan Pengarah
Mewakili Dato Pengarah JKNT
Haj i Amran Ahmad
Pengerusi Panel Penasihat Klinik
Kesihatan Kuala Berang
Antara pameran yang di sediakan

Lokasi program 


Berjalan 10 ribu langkah
Pertandingan Memancing


Pertandingan kopek dan kukur kelapa berpasangan
kaunseling

Aktiviti di pameran perpustakaan


Melawat Gerai pameran
Pertandingan mewarna dewasa


Pertandingan mewarna kanak-kanak

Pertandingan memancing

Sudut pameran


Penyampaian hadiah kepada pemenang
Melawat gerai pameran

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
  



Monday, November 10, 2014

Proram NCDP 1Malaysia

Salam Bahagia,

Lama tidak update blog...

Bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan dapat direkod dengan baik, saya fikir semua aktiviti perlu di posting di blog ini bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang mengurus Panel Penasihat Klinik Kesihatan Klinik Kuala Berang pada masa akan datang.

ok...

Kali ini saya nak post kan Program Penerangan dan perlantikan sukarelawan NCDP 1Malaysia bagi membuat saringan penduduk kampung. Para peserta terdiri dari komuniti Kg. Pasir Nering, Kakitangan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Program yang diberi nama Cakna Kesihatan dalam Komuniti ( KCakna) ini dimulakan dengan perlantikan dan latihan kepada sukarelawan yang bakal menjalankan aktiviti saringan kesihatan ( BP & RBS) dalam komuniti. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Dr Nur Fauzani bt Mat Arshad, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang ini telah diadakan pada 16 Januari 2012 di Dewan Syarahan Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Setiap Komuniti telah menghantar 20 orang sukarelawan. Turut memberikan penerangan ialah Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang, Tn Hj Amran bin Ahmad.

Pada Akhir taklimat para peserta ditunjukkan cara-cara mengambil Tekanan Darah Tinggi dan Pemeriksaan Gula dalam darah melalui set yang disediakan.


LinkWithin