Bulan Mac 2013 merupakan Bulan Kanser yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pada bulan Mac ini banyak aktiviti kesedaran bagi mengingatkan masyarakat akan bahaya penyakit kanser atau Barah. Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka
hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan
tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar
telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi
penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap
lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes
akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang
melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri.
Memaparkan aktiviti Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang
Monday, February 18, 2013
Tuesday, February 12, 2013
Sekadar Kenangan 1
Assalamualaikum w.w.
Rasanya elok di paparkan antara aktiviti penting yang telah dilaksanakan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang sepanjang penubuhannya. Bukan apa, sekadar merenung sejenak akan kejayaan yang boleh dijadikan ukuran bagi merancang aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh semua lapisan masyarakat bukan saja dikawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala Berang malahan juga oleh masyarakat di Daerah Hulu Terengganu dan Negeri Terengganu serta seluroh malaysia.
PROGRAM MASYARAKAT SIHAT KELUARGA BAHAGIA
Program ini telah di adakan pada 15 Disember 2007 dengan penglibatan orang ramai lebih 1000 orang. Pengisian utama ialah ceramah reproduktif oleh Pakar Sakit Tuan iaitu Y.Bhg. Dr Mohd Ismail bin Mohd Tambi.

Kaum
lelaki pada umumnya adalah tunggak dan peneraju sesebuah keluarga. Kaum lelaki
juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kestabilan politik
dan ekonomi negara. Penjagaan kesihatan lelaki sangat penting supaya dapat
menjamin kehidupan sebuah keluarga bahagia. Kaum lelaki juga tidak terkecuali
dari masalah penyakit organ reproduktif mereka. Pada peringkat umur ini, kaum lelaki
lebih terdedah kepada risiko kesihatan dan kecederaan. Ini disebabkan oleh
tekanan akibat perubahan besar dalam kehidupan dan peningkatan tanggungjawab,
perubahan cara hidup dan pergaulan bebas.
Monday, February 4, 2013
Combi NCDP 1Malaysia dan Kem Kesihatan
Assalamualaikum w.w.
Pada 19 Mei 2012 lalu Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang bersama JKKK Kg. Telaga dan Kg. Telok Balai dengan sokongan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program Combi NCDP 1Malaysia dan Kem Kesihatan dengan perasmiannya oleh YB Haji Mohd Zawawi bin Ismail ADUN Kawasan Kuala Berang.
Monday, January 28, 2013
Program Komuniti sihat
Assalamualaikum w.w.
Pada 29 dan 30 Jun 2012, Program Komuniti Sihat Bersama Pemimpin telah diadakan dengan majlis pelancaran oleh YB Haji Rozi bin Mamat, Exco Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang, Terengganu. Turut hadir memberikan sokongan adalah Dr. Haji Anwa bin Sulaiman, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Hj Mohd bin Jusoh, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam), Dr. Hj Mohamad bin Omar, Timbalan Pengarah ( Perubatan ), Dr. Haji Asari bin Abdullah, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.

Klinik Kesihatan Kuala Berang
Assalamualaiku w.w.
Lama sungguh tidak update blog ni. Kengkangan masa dan tugasan yang banyak memaksa blog ini tidak dapat dikemaskini. Apa pun kini saya bersedia untuk sedaya upaya memaparkan aktiviti Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang.

Subscribe to:
Posts (Atom)